Friday, November 2, 2012
Saturday, October 6, 2012
Reincarnation
In another life, she would be a kindergarten teacher. A sweet loving one.
In another life, I would be a rock star, singing the songs of my life and my previous life and my cat and my previous cat. Yes, it is still going to be a cat.
She looked straight into my eyes and flicked my nose, "It's a long wait. This is not going to end. Forget them."
In another life, I would be a fat girl so I can donor my O blood.
In another life... No, I do not want another life.
And the crazy trumpet player will be a crazy trumpet player. Always. Maybe crazier.
Friday, August 31, 2012
Don't Ask
The other day I was feeling very high as fuck. I was drunk with love, I guess. So I wrote in a post, expressing my feelings. But I was so sleepy that I wrote whatever that came through my mind with random words, thinking to edit it later. Too sleepy, too tired and too much of laziness, I decided to sleep leaving it unfinished.
Malas nak tulis. Senang cerita, aku tertekan button ‘Publish Post’ instead of ‘Save Now’. Dengan kadar yang pantas, aku delete that post.
And the next day, entah kenapa manusia itu gatal bertanya “Hey, what’s up with your post? Post yang last sekali tu you tulis ‘but’ tu”. I was like… shit. How did he know?
Pertanyaan tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja sebab aku pura - pura jadi pekak dan terencat. Malu pulak sebab post tu berbaur jiwang dan memang pada awalnya aku tidak bercadang untuk mempublishkan post tersebut.
Lebih malu lagi sebab post itu ditujukan khas untuk manusia yang gatal bertanya soalan tersebut.
Hmmm post ni pun macam tak layak untuk dipublishkan. Tengok la esok lusa aku rasa nak delete, aku delete.
Wednesday, August 15, 2012
Sunday, June 3, 2012
Curious dan Peculiar
Ada anak patung perempuan tergantung di pohon rendang. Anak patung lusuh.
Dari Grogol menuju RSUP Fatmawati.
Tanda tanya.
Seolah - olah bunuh diri. Atau dibunuh.
Sepi sendiri.
Satu tahun kemudian, dari lokasi yang sama menuju lokasi yang sama.
Tujuan berbeza.
Ada patung tergantung lagi.
Pohon yang berbeza, kampung yang sama.
Kali ini, patung lelaki dewasa.
Seolah - olah mayat yang menggantung diri sendiri. Atau digantung.
Botak. Kurus.
Beberapa bulan kemudian, dari Grogol menuju RSUD Tarakan.
Naik bajai. Lalu pintu gerbang. Gang.
Ada anak patung perempuan, berusia lebih kurang 10 tahun, diikat pada sebatang pohon.
Seolah - olah didera. Tidak mungkin mendera.
Terkulai.
Tersenyum.
Melambai - lambai.
Saturday, June 2, 2012
Monday, May 14, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Maaf. Siapa?
Hakim yang tidak diiktiraf.
Kiblat: Klon - klon di sekitar.
Mesin prosesor dan kilang yang memproduksi dinomborduakan. Mungkin nombor tiga atau nombor empat.
Ouch! That was hurt.
Tak sah kalau belum angka 1 atau 2.
Seronok? Rasa hebat? Rasa ada life?
Fakta yang nyata adalah gaya hidup yang biadap tidak akan berhujung dengan kebahagiaan.
Percayalah.
Pengubatan yang bersifat simptomatik tanpa menghilangkan et causa.
Ada 2 orang menunggu.
Berterima kasihlah dengan memberi kasih sayang kembali.
Rye Hannah, tolong jangan berlakon lagi. Balik rumah dan buatlah birthday cake cake cake cake cake cake cake cake cake cake cake cake cake sampai reput. Aku rasa kau ni macam main - main pulak. Funny bimbo.
Dia Cakap
Dia cakap, malam ini malam indah.
Dingin. Bulan. Bunga - bunga mekar. Haruman wangi pasca hujan.
They always do.
Dia cakap dia takut. Intai depan lagi, bertambah takut. Intai lebih depan lagi, terbang di langit.
Senyuman itu senyuman paling manis dan paling lama terukir. So far.
Dia yang satu lagi pula cakap, dia tabah dan kental.
Dia tak pernah berasa itu semua nyata. Tapi kadang kala perasan juga. Tersipu juga.
Dia cakap, malam ini malam indah.
Dan aku membaca R Itu Rindu.
Wednesday, April 11, 2012
Wednesday, April 4, 2012
Kolia Pujeya Badaloom Bugban
Berbicara jahat. Tanpa izin. Sambil tersenyum.
Pagi. Petang. Malam.
Tak bosan ke?
Rasa macam nak bertukar menjadi lalat lantas terbang pergi dengan kadar yang segera.
Satu nak betulkan benang yang basah, satu nak simpan benang yang basah.
Magnet yang sama kutub.
Mereka ketawa mesra. Mesra?
Eh, serabutlah!
Pulanglah cepat. Dia risau. Aku risau. Kami risau ( mungkin )
Komunikasi buruk. Lebih buruk dari tandas awam The Curve.
Silap. Bukan The Curve, tapi Cineleisure.
Ampun kepada encik The Curve.
Silap. Bukan The Curve, tapi Cineleisure.
Ampun kepada encik The Curve.
Apparently tandas awam Cineleisure lagi kotor dari tandas awam Pasar Seni.
Akibat: salah faham.
Efek: pening. Kadang - kadang marah, sedih, membuak - buak.
Pergi cafe, hentak kaki, order kopi. Kopi berperisa cinta.
Halah! Ptuih.
Monday, April 2, 2012
Saturday, March 31, 2012
Lunch. Or Dinner. Can't Remember.
We are so well - mannered that we sit in the same dining room, eating the same food on the same table, sharing the silent moment together. Let the sound of forks and spoons clanking the plates and the chomping sound to fill the air. What a wonderful caricature of intimacy. Weird. Awkward. It is how I live.
Tuesday, March 27, 2012
Tuesday, March 6, 2012
Friday, February 24, 2012
Tak Nak!
Seriously aku takde semangat nak datang ke majlis graduasi aku 22 Mac ni. Total aku kena bayar untuk majlis itu adalah rp 4 650 000 ( empat juta enam ratus lima puluh ribu rupiah sahaja ). Iye, tak tipu. Ini lawak ke ape? Time aku study dulu, kau amek duit aku. Time clinical year pun kau amek duit aku jugak, suruh beli itu beli ini. Dah abis belajar, nak grad pun kau nak kikis duit aku jugak? Walaupun duit tu aku claim dari JPA, tapi aku tetap tak suka sebab...hmmm...apesal nak grad pun nak kena bayar mahal? Dari mula belajar sampai kesudah asek main duit je. Negara macam apa kau ni, kau ingat aku ni anak dato' ke? Sigh. Aku rasa macam tak nak datang walaupun aku dah bayar. Ini serius. Aku tak pernah suka negara itu.
Thursday, February 16, 2012
12.27am
I see pop there, RnB here and hip hop everywhere. No more the good old days where rock, emo and bands on the radio, on the top chart. That's boring. I'm bored. Boredom. The 90's were even better. My ears are dying. No more real music. Everybody can sing, or should I say read the lyrics. But singing while playing instrument is a real talent. Playing more than an instrument is a bonus. Jazz? Ballet? Country? Alternative? I can tolerate those. Sometimes my ears can make love to them. Betrayed. Too much of succubi. Thank you for you who spill the beans. Suicide girl? Still lingering here. She says she won't leave.
Wednesday, February 8, 2012
Pemerhati
Kadang kala manusia terlalu taksub dengan kepercayaan masing - masing sehingga melupakan atau pura - pura terlupakan inti sebenar dari ajaran yang dianuti. Kata - kata bijaksana, dakwah sana sini, itu dosa, ini salah, kononnya kaulah yang paling benar, kaulah yang paling taat, kaulah manusia lindungan Yang Maha Kuasa dan kaulah yang mendapat rahmat dan hidayah dariNya. Baiklah, kalaupun benar kaulah manusia paling beriman di seluruh alam semesta sekalipun, namun itu bukanlah merupakan tiket untuk kau merendahkan, mempergunakan dan mengabaikan manusia lain, yang menurut kau mungkin kurang beriman. Ye lah, orang lain jahat, kau seorang je yang baik. Dan ingatlah, manusia yang mungkin imannya kurang, yang mungkin berusaha mencari jalan yang benar dan memperbaiki diri setiap hari, kadang kala mempunyai hati yang lebih bersih. Dia mungkin mempunyai urusan yang harus diselesaikan dengan Yang Maha Esa, tetapi bukankah urusan sesama manusia itu lebih sulit untuk diselesaikan? Adakah menyakiti hati manusia itu disukai oleh Sang Pencipta? Bukankah berbuat baik dan menghormati sesama manusia juga termasuk dalam mentaati dan menuruti perintahNya? Manusia memang tidak pernah sempurna dan manusia juga tidak pernah puas dan bersyukur. Yang jahat, dihina. Yang baik, difitnah. Yang berusaha menjadi baik, diperlekehkan, dipersendakan. Yang berusaha menjadi jahat, diumpat. Mahu apa lagi? Ah! Urusan kebersihan hati lebih sulit untuk dijaga daripada mengurus kebersihan tandas awam Pasar Seni.
Saturday, February 4, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Kacau Bilau
Sedikit kebosanan. Menggoyangkan kaki dan menggigit bibir. Mungkin juga menggigit kuku.
Sedikit ketidakpedulian. Sedikit OCD. Sedikit ciri keperibadian skizotipal.
Sedikit cemburu. Fikiran bunuh diri, berpegangan tangan.
Sedikit imaginasi. Sedikit mimpi, keinginan dan harapan. Ekstra usaha.
Sedikit Slipknot dan sedikit Mary Poppins. Hmm...
Thursday, January 19, 2012
Konflik
Miu Miu : Nak buka.
Mia : Jangan.
Miu Miu : Please...
Mia : Pukul nak?
Miu Miu : Tak nak.
Mia : Jangan buka.
Miu Miu : Tapi macam nak buka. Teringin.
Mia : Jangan. Abaikan. Nanti kalau kau sakit, aku pun sakit.
Miu Miu : Baiklah. Meow...
Mia : Jangan.
Miu Miu : Please...
Mia : Pukul nak?
Miu Miu : Tak nak.
Mia : Jangan buka.
Miu Miu : Tapi macam nak buka. Teringin.
Mia : Jangan. Abaikan. Nanti kalau kau sakit, aku pun sakit.
Miu Miu : Baiklah. Meow...
Sunday, January 15, 2012
Sunday Morning
Do not try to be mean
It is the kindness that drags her in
9.30 in the morning
And that yellow bus is coming
And that yellow bus is coming
He is starting to play with his guitar
And she is pretending to be his senorita
He is polishing his boot
While she is playing with the flute
He is busy making breakfast in the kitchen, preparing for the bread toast
Meanwhile she is busy lazying around playing puppets with her toes
Trying to be funny with her funny face and he is not even looking
Trying so hard to impress him by walking upside down
But all he said was "Ooh" followed by a big O yawn
The lavender smell of happiness
The sky splashes, pouring roses to her backyard
Lalala she is flying
Lalala she is jumping
And the bugs are smiling
She doesn't really care what the world says
With him lingering around, it doesn't matter anyway
Saturday, January 14, 2012
Thursday, January 12, 2012
To Leave or Not To Leave
Apparently there are certain things in life that you should either leave them behind, have to leave them behind, are leaving them behind, or will leave them behind. I realized that certain things in life:
- I should leave it behind, I am leaving it behind, and I will leave it behind. Eventually.
- I should leave it behind, and I think I am starting to leave it behind. Bit by bit.
- I should not leave it behind, I can not leave it behind, I am not leaving it behind and I will not leave it behind. Never.
- I am starting to leave it behind which I think I should not leave it behind. No good. Bring harm. I must change.
- I should leave it behind, but I can not leave it behind, and I think I will not leave it behind. Permanent scar, they say.
Tuesday, January 10, 2012
Dua
Sendirian di bilik suram, menatap kaca usang. Melihat pantulan imej diriku sendiri, terasa aneh. Dahiku berkerut dua saat. Aku masih ingat bahawa aku masih lagi perempuan dua jam yang lalu. Namun saat ini aku sedang bertentang mata dengan seseorang yang mungkin diriku sendiri, namun berbeza jenis kemaluan. Pelik, hairan, namun segala sesuatu yang misteri tidak pernah gagal untuk menarik perasaan ingin tahuku. Dua minit dua puluh dua saat tatapan, tanda tanya masih menolak untuk pergi. Aku mulai memintal hujung rambut dengan jari - jemari halusku sambil melemparkan senyuman paling manis, paling manja. Mata masih menatap sang mata. Imej yang berjantina lain itu membalas senyumanku dan mencuba bermain mata. Malam semakin larut, hujan semakin deras. Cukup sudah berbahasa tubuh yang nakal dan centil. Aku berlalu pergi sambil menjeling manja sebelum berjalan dengan gerakan pinggul yang dimanipulasi. Sengaja. Si imej keluar dari dunianya, menghampiriku, mengikutiku dari belakang.
Friday, January 6, 2012
01.00am
Mulut. Bibir. Lidah.
Semuanya mata.
Menjaja ke sana ke mari.
Pinggan mangkuk di sinki.
Merungut. Mengeluh. Mendengus.
Berhentilah.
Baru bangun tidur?
Berhentilah.
Muhasabah diri.
Duduk dan termenung.
Berfikirlah.
Wednesday, January 4, 2012
Cerita Berkesudahan Datar
Mia : Miu Miu...
Miu Miu : ............................................................
Mia : Meow meoowww
Miu Miu : ............................................................
Mia : Merajuk?
Miu Miu : ............................................................
Mia : Kesudahan cerita kah?
Miu Miu : ............................................................
Mia : Baiklah. Aku minta maaf kerana tidak memberi kesudahan cerita yang telah aku mulai. Bukannya tidak mahu, tetapi cerita mengenai tuan lamamu itu terlalu datar. Mungkin suatu ketika dahulu pernah bergelombang, tetapi getaran gelombangnya semakin lama semakin pudar ditelan waktu. Cerita itu akan tetap menjadi bahagian dari masa silammu. Tiada guna kau menyesalinya. Bungkuslah dan simpanlah ia dengan rapi di dalam kantung masa silammu. Ambil kantung masa kini dan masa hadapan dan isilah dengan sesuatu yang lebih indah, seindah bulu lebatmu yang berwarna ungu kebiruan itu.
Miu Miu : Meeoowww...?
Mia : Iya, tuan lamamu itu buta. Buta hati dan buta mata. Bagiku bulumu itu terlalu indah. Lembut, lebat, berwarna riang. Bulu indahmu menceriakan dan mendamaikan dunia.
Miu Miu : Benarkah? ( mulai tersenyum malu )
Mia : Tidak. Aku berbohong. Jangan bermimpi. Aku hanya ingin melihat kau tersenyum. Bagaimana seekor kucing tambun berkaki katik boleh membahagiakan dunia?
Miu Miu : ........................................( kembali bermasam muka )
Mia : Jangan bermasam muka. Ketahuilah kau membuatku ceria. Hidup kau sama seperti hidup aku. Sekarang kau ada aku, aku ada kau. Lupakan apa yang seharusnya kau lupakan, lihatlah ke hadapan. Marilah, biarkan aku membelaimu.
( Mia memeluk Miu Miu dan menggelitik perut buntalnya. Miu Miu tertawa manja. )
Mia : Haa, macam tu lah. Senyum. Tertawa. Sudah, jangan merajuk lagi. Sekarang aku akan menjaga dan menyayangimu, dan aku berjanji tidak akan memijak harga dirimu seperti tuanmu dulu. Lupakan cerita yang berkesudahan datar itu, mari bermain bersama - sama. Kita boleh berpura - pura menjadi Hansel dan Gretel, atau Satsuki, Mei dan Totoro. Aku boleh berpura - pura menjadi sehelai kertas dan kaulah puisiku. Aku boleh berpura - pura menjadi taman burung hantu dan kaulah bilik air masinku. Aku boleh berpura - pura menjadi buah - buahan dan kaulah kuah rojakku.
Hah?
Mia : Marilah. Aku ada pai epal untukmu.
Miu Miu : Wah, itu kesukaanku! Tunggu, bagaimana kau tahu aku menyukai pai epal? Aku terharu kau sangat memahamiku.
Mia : Sila jangan perasan. Aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku memang menyukai pai epal. Semua orang menyukai pai epal. Siapa yang tidak suka?
Monday, January 2, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)