Sendirian di bilik suram, menatap kaca usang. Melihat pantulan imej diriku sendiri, terasa aneh. Dahiku berkerut dua saat. Aku masih ingat bahawa aku masih lagi perempuan dua jam yang lalu. Namun saat ini aku sedang bertentang mata dengan seseorang yang mungkin diriku sendiri, namun berbeza jenis kemaluan. Pelik, hairan, namun segala sesuatu yang misteri tidak pernah gagal untuk menarik perasaan ingin tahuku. Dua minit dua puluh dua saat tatapan, tanda tanya masih menolak untuk pergi. Aku mulai memintal hujung rambut dengan jari - jemari halusku sambil melemparkan senyuman paling manis, paling manja. Mata masih menatap sang mata. Imej yang berjantina lain itu membalas senyumanku dan mencuba bermain mata. Malam semakin larut, hujan semakin deras. Cukup sudah berbahasa tubuh yang nakal dan centil. Aku berlalu pergi sambil menjeling manja sebelum berjalan dengan gerakan pinggul yang dimanipulasi. Sengaja. Si imej keluar dari dunianya, menghampiriku, mengikutiku dari belakang.
No comments:
Post a Comment