Sunday, December 25, 2011

11.57pm

Ianya membosankan. Ianya membuatkan kepala saya berputar tujuh keliling. Ianya membuatkan saya menguap sebanyak dua kali dalam satu minit. Saya tidak dapat mengerti kenapa harus ada persoalan antara agama, sakit jiwa dan kesenian. Kadang kala kita hanya melihat apa yang kita mahu melihat tanpa memperhitungkan kewujudannya dalam alam realiti. Walau dipaksa sekuat apapun, yang fantasi akan tetap di alam fantasi dan yang nyata akan tetap di alam nyata. Namun alangkah indahnya sekiranya fantasi tiba - tiba masuk ke dalam alam nyata. Dan apa yang selama ini kita cari atau kita cuba bersembunyi kerana ketidakpastian akhirnya datang menyapa kita tepat di hadapan kedua bola mata yang berbentuk hampir bulat ini. Dan sudah pastinya pada saat yang tepat. Diiringi dengan beribu kata yang bermain di hati dan fikiran yang tidak terungkapkan, saat itulah saya tersenyum dan kamu juga tersenyum. 

No comments: