Pukul 3 pagi aku terjaga. Sfingter uretra sudah tidak tahan mahu terbuka, memuntahkan isi yang sudah tidak tertampung lagi. Terbayang mangkuk jamban. Aku membuka pintu bilik. Sunyi. Sepi. Obviously semua sedang bermimpi. Nasib baik lampu ruang tamu depan menyala. Setidaknya aku boleh mengelak kalau bertembung dengan lipas. Aku tidak akan bertegur sapa, aku tidak akan memijaknya, tetapi aku akan mengelak. Sfingter uretra hampir terbuka. Langkah dipercepat sambil kedua kaki mengepit rapat. Serius hodoh posisi pada saat ini. Nasib baik tiada CCTV. Sebelas langkah kemudian, aku sampai di depan toilet. Namun ada sesuatu yang pelik. Ada sesuatu yang tidak wajar berada di depan toilet, lebih - lebih lagi saat pagi - pagi buta begini dan aku sendirian. Ini... Ini... Ini sungguh tidak wajar. Sebiji rambutan berada di hadapan toilet. Setahu aku, toilet aku jauh dari dapur atau meja makan atau tempat simpan makanan atau pun tong sampah. Aku berdebar - debar. Seram sejuk. Dari manakah datangnya rambutan tersebut?
Flashback...
Sejak 2 minggu yang lalu aku memang banyak makan rambutan. Rambut yang bertan - tan. Rambutan merah, rambutan kuning, rambutan kecil, besar, kulit nipis, isi melekat pada biji, isi tebal, berair, semua aku telan. Ya, aku adalah penggemar rambutan.
Kembali ke masa sekarang...
Aku terpaku melihat rambutan tersebut dengan penuh tanda tanya. Adakah ini balasan kerana makan terlalu banyak rambutan sampai pagi - pagi buta depan toilet pun aku boleh nampak rambutan? Hey, what, it's not like I'm going to eat it now. That's disgusting. Maybe kalau esok pagi masih ada, baru aku kutip dan makan. Ini berbau mistik. Aku terus menatapnya.
Tiba - tiba, sangkaanku benar. Terdapat pergerakan halus pada rambutan itu. Seperti ditiup angin, ia bergolek sedikit. Aku tersentap. Iman sedikit tergugat, namun entah kenapa kedua kaki tidak mahu melangkah seribu, mata tetap terpaku. Tidak berhenti di situ, rambutan itu kemudian tiba - tiba bouncing beberapa kali, lalu bergolek memutariku lebih 2 kali putaran. Sumpah aku takut. Mungkin kerana oksigen yang berlebihan pada pagi hari, aku tidak pingsan. Surprisingly, aku masih kaku berdiri di situ. Tidak bergerak. Tidak lama selepas itu, rambutan itu melayang - layang di depan mataku dan membisikkan sesuatu ke telingaku.
"Kau telah memusnahkan kaumku, lalu kau menyahtinjakan mereka. Sekarang rasakan balasannya!"
DUSSSHHHHH. Satu tendangan kecil menerpa di kepalaku.
Ok semua itu adalah rekaan semata - mata. Tapi part rambutan depan toilet tu betul.
Dan mari kita bermain dengan tingkat kecerahan.
Nampak tak? Nampak tak itu?
Macam tapak tangan budak kecil kan? Rumah aku mana ada budak kecil. Semua budak besar.
APA!!?? TAKUTNYAA!!! |
Ok, lame. Aku tak pandai tulis cerita seram. I don't know what it is. Either memang betul mistik atau aku yang salah tengok. Haha. Post ini bongok. Wuwuwuwuuuu ~
3 comments:
taktau la nak buat reaksi apa, pelik ada, kelakar ada, creepy pun ada.. Oh well..
hahahaha budus ! ;) this is funny (albeit a bit creepy abt the 'handprint' but i guess u think too much.. its nothing just some random marks... perhaps)..
Lufkin: senyum. tak perlu kata apa - apa. :)
Ms. Lilia: I know it's random but now everytime aku lalu situ, aku asek terbayang ade 'baby'. Haihhh...
Post a Comment