Lelaki Berbayang Dua,
Apakah benar engkau seperti yang kubayangkan selama ini?
Unik, terancam pupus, kau sangat misteri,
Pintar, dewasa, bijaksana,
Kau membakar semangat di dada.
Lelaki Berbayang Dua,
Siapakah engkau? Bagaimanakah rupa engkau?
Bertubuh tinggi? Berambut kerinting? Bertahi lalat berbulu?
Ingin sekali bertemu denganmu,
Meminta izin, marilah bertemu.
Lelaki Berbayang Dua,
Pengalaman hidupmu setinggi Gunung Kinabalu,
Mungkin tidak setinggi itu, mungkin lebih dari itu,
Setidaknya itu yang kutahu,
Hatiku tertarik untuk mencari siapakah sebenarnya dirimu.
Mengintai dari kotak kosong,
Tanda tanya berterbangan di awangan,
Bersama burung bersayap embun di panah mentari.
Namun, segala keindahan tentang dirimu hilang,
Bagai dedaunan kering melayang ditiup angin,
Hanya kerana keangkuhan dan sikap sombong,
Engkau merendahkan yang lain.
No comments:
Post a Comment