Friday, May 20, 2011

Talking is Cheap

Pada suatu petang yang berangin...

Monyet: 
Hai Semut! Kau ape kabar? Tengah sapu sampah ke? Aku baru balik dari pasar ni. Beli kangkung, belacan, ikan jaket, ayam...Ya Allah, kau tau tak tadi time aku nak beli daging lembu, aku mintak nak 2 kilo je. Ade ke pak cik tu bagi aku 2 setengah kilo? Aku marah betul la. Buat kerja elok - elok la sikit. Hisshhhh marah betul aku. Ha pastu kan, tadi aku jumpe akak Zirafah tadi. Makin tinggi leher die aku tengok. Kau da tahu belum yang akak tu da buat facebook baru. Apa? Belum tahuuu??? Meh sini aku nak bagitahu. Akak Zirafah tu kan suka letak status pasal boyfriend die, semua bende dia nak cerita. Tak sah kalau status die tu tak mention pasal betapa rindu dan cintanya die kat boyfriend die tu. "I miss my hubby" la, "Windunya my hubby" la, "Tadi my hubby nak pegi beli coklat Tora, so die tinggalkan I kt dalam kereta sorang2. I rindu die I rasa mcm nak nangis!"...Haaa oleh kerana status - status die yang membuatkan semua orang menyampah, so adelah seorang kawan yang sound die, that's why la die buat facebook baru and this time dia da tak update status - status tak penting da. Dia mempunyai hobi baru, iaitu check - in ke setiap pelusuk lubang kubur yang die pegi. Hadooiiii kak Zirafah ni ade - ade je la. Pastu ni pasal si Ular pulak, aku dengar cerita yang die sekarang da bukak bisn.......eh...eeehhhh, kau nak pegi mane tu Semut? Aku tak abes cerita lagi ni. Eh, eh....buat ape kau amek benang dengan jarum tu? Baju aku takde yang koyak pun? Kau nak jahit ape Semut?

Semut:
Aku nak jahit mulut kau. Koyak. Bocor.

Berkata - katalah ketika perlu sahaja dan berbicaralah secara sederhana dan bijaksana. Tidak perlu bercerita mengenai orang lain, apa lagi jika sesuatu itu tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan kita. 
Lagi satu, kalau kau nampak orang tu tengah ade masalah, muka kusut serabut, boleh tak kau jangan membebel bende - bende yang tak penting? 


Diam itu pintar. Diam itu emas.



No comments: