Kau tak sembahyang ke?
Oh, tak sempat lah. Aku banyak kerja lah, busy gile. Ni dateline da dekat, jap lagi ade meeting plak. Pastu petang karang client ajak jumpa nak deal pasal projek besar. Tak sempat lah.
Kau tak sembahyang ke?
Oh, tak sempat lah. Bilik aku sempit. Takde space. Nak sembahyang kat ruang tamu, member plak nak tengok tv. Nak pergi surau, tak sempat pulak. Tak sempat lah.
Kau tak sembahyang ke?
Oh, tak sempat lah. Aku da lambat ni, da janji dengan member-member nak jumpa, nanti tak sedap pulak biarkan dorang tunggu. Tak sempat lah.
Kau tak sembahyang ke?
Oh, tak sempat lah. Ni da nak habis waktu ni. Mesti tak sempat punye. Tak sempat lah.
Kau sempat pergi kerja, kau sempat pergi jumpa client, kau sempat stay up malam - malam just nak siapkan kerja yang dateline da dekat, kau sempat tengok Maharaja Lawak berYM main Angry Bird dengar lagu tengok wayang shopping dating makan tengok bola tidur......takkan nak sembahyang 5 minit pun kau tak sempat?
This is a reminder for you and for myself.
Aku pernah jumpa seorang doktor yang kerjanya di A&E, yang sangat busy nak handle berpuluh - puluh patients yang datang yang sakit dengan pelbagai karenah dan demand, tp sempat pergi surau terdekat untuk sembahyang.
Aku pernah jumpa seorang pediatrician yang semua orang tau tersangatlah busy, nak handle patients kt klinik, then pegi round kat ward, then pegi hospital lain dan buat benda yang sama dari pagi sampai malam. Tapi bila time azan, dia akan segera tinggalkan semua kerja dan patients dan segera ke surau yang terdekat untuk sembahyang di syaf paling depan.
Aku pernah jumpa obstetrician and gynecologist yang jadual sehariannya penuh dengan operations, patients di ward, patients di klinik, belum campur patients yang tiba - tiba nak terberanak. Tapi sempat sembahyang walaupun tak tepat waktu.
Aku pernah jumpa seorang ahli group band yang masih sempat sembahyang bersama pengunjung - pengunjung yang lain di surau yang kecil dan sempit serta agak sedikit kotor si sebuah shopping mall sebelum perform live.
So, kalau kau seorang student atau setakat kerja office hour atau yang lebih kesian penganggur, takkan lah 5 minit nak ingat tuhan pun tak sempat?
Kalau tuhan yang satu masih sempat nak handle makhluk - makhluk di alam yang berjumlah tak terhingga, nak bagi oksigen kat semua orang, nak uruskan kehidupan makhlukNya dari masa dulu, sekarang, sampai lah ke masa depan, takkan kau nak sembah tuhan yang satu pun tak sempat?