Mia : Miu Miu...
Miu Miu : ............................................................
Mia : Meow meoowww
Miu Miu : ............................................................
Mia : Merajuk?
Miu Miu : ............................................................
Mia : Kesudahan cerita kah?
Miu Miu : ............................................................
Mia : Baiklah. Aku minta maaf kerana tidak memberi kesudahan cerita yang telah aku mulai. Bukannya tidak mahu, tetapi cerita mengenai tuan lamamu itu terlalu datar. Mungkin suatu ketika dahulu pernah bergelombang, tetapi getaran gelombangnya semakin lama semakin pudar ditelan waktu. Cerita itu akan tetap menjadi bahagian dari masa silammu. Tiada guna kau menyesalinya. Bungkuslah dan simpanlah ia dengan rapi di dalam kantung masa silammu. Ambil kantung masa kini dan masa hadapan dan isilah dengan sesuatu yang lebih indah, seindah bulu lebatmu yang berwarna ungu kebiruan itu.
Miu Miu : Meeoowww...?
Mia : Iya, tuan lamamu itu buta. Buta hati dan buta mata. Bagiku bulumu itu terlalu indah. Lembut, lebat, berwarna riang. Bulu indahmu menceriakan dan mendamaikan dunia.
Miu Miu : Benarkah? ( mulai tersenyum malu )
Mia : Tidak. Aku berbohong. Jangan bermimpi. Aku hanya ingin melihat kau tersenyum. Bagaimana seekor kucing tambun berkaki katik boleh membahagiakan dunia?
Miu Miu : ........................................( kembali bermasam muka )
Mia : Jangan bermasam muka. Ketahuilah kau membuatku ceria. Hidup kau sama seperti hidup aku. Sekarang kau ada aku, aku ada kau. Lupakan apa yang seharusnya kau lupakan, lihatlah ke hadapan. Marilah, biarkan aku membelaimu.
( Mia memeluk Miu Miu dan menggelitik perut buntalnya. Miu Miu tertawa manja. )
Mia : Haa, macam tu lah. Senyum. Tertawa. Sudah, jangan merajuk lagi. Sekarang aku akan menjaga dan menyayangimu, dan aku berjanji tidak akan memijak harga dirimu seperti tuanmu dulu. Lupakan cerita yang berkesudahan datar itu, mari bermain bersama - sama. Kita boleh berpura - pura menjadi Hansel dan Gretel, atau Satsuki, Mei dan Totoro. Aku boleh berpura - pura menjadi sehelai kertas dan kaulah puisiku. Aku boleh berpura - pura menjadi taman burung hantu dan kaulah bilik air masinku. Aku boleh berpura - pura menjadi buah - buahan dan kaulah kuah rojakku.
Hah?
Mia : Marilah. Aku ada pai epal untukmu.
Miu Miu : Wah, itu kesukaanku! Tunggu, bagaimana kau tahu aku menyukai pai epal? Aku terharu kau sangat memahamiku.
Mia : Sila jangan perasan. Aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku memang menyukai pai epal. Semua orang menyukai pai epal. Siapa yang tidak suka?