Sunday, August 28, 2011

Terbaikkah?

Setiap hari saya berdoa agar tuhan memberi saya hari esok yang lebih baik dari hari ini.
Setiap hari saya berdoa agar tuhan menunjukkan saya bahawa inilah sesungguhnya jalan yang terbaik buat saya.
Setiap hari saya berdoa agar tuhan memberikan apa yang terbaik buat saya, apa yang benar - benar saya perlukan.
Namun setiap hari berikutnya, saya pasti akan bertanya kepada diri sendiri; 

" Apakah ini yang terbaik buat saya? Sepertinya tidak. Mungkin doa saya belum termakbul. Tidak mengapa, saya akan terus berdoa dan berdoa agar suatu hari nanti tuhan akhirnya memberi apa yang saya perlukan, apa yang terbaik untuk saya. Amin. "

Dan doa - doa pun diteruskan tanpa saya sedar bahawa inilah yang sebenarnya terbaik untuk saya. Hanya saja saya tidak pernah berasa cukup, tidak pernah berasa puas, dan mungkin mata hati saya masih tertutup untuk melihat kehidupan dan takdir yang saya hadapi sehari - hari adalah yang terbaik buat saya.

No comments: