Sunday, May 1, 2011

Meowww...

Scottish Fold
Kucing jenis ini mempunyai rupa bentuk seperti burung hantu. Disebut Scottish Fold kerana mempunyai tulang rawan telinganya berisi dan terlipat menyebabkan telinganya terlipat ke depan dan ke bawah ke arah depan kepala. Nama sebenarnya adalah Flops untuk “floppy ” ears. 

Scottish Fold

Scottish Fold




Birman
Kucing Birma adalah kucing besar berbulu panjang lembut. Tubuhnya pendek gemuk, kaki-kakinya stabil dan cukup panjang. Kukunya bulat dan agak besar jika jari-jari kakinya didekatkan. Ekornya cukup panjang dan lebat dan bermata biru sepet. 



Birman


Turkish Van
Berbulu putih bersih, hanya berwarna pada ekor dan kepala, iaitu warna hitam, biru, cream atau merah. Matanya besar, bulat, sepet. Ekornya panjang dan lebat. Kucing jenis Turkish Van paling suka dengan air kerana memiliki bulu yang cepat kering apabila terkena air.



Turkish Van


Persia
Manis dan manja. Kucing ini mempunyai bulu lebat, panjang dan tebal. Dikenali sebagai ”Longhaired Cat”. Kepala persia besar dan bulat, hidung penyek. Muka yang manis dengan sifat tenang boleh duduk dan tidur di satu tempat berjam-jam, pendiam dan bersuara lembut.


Persia


Ragdolls
Diberi nama Ragdolls karena kebiasaan khas yang suka berbaring di lengan tuannya. Besar, bertulang tebal, berat. Bulu-bulunya panjang dan tebal terutama bahagian leher. Matanya biru, bulat dan besar. Ketika masih anak kucing, ragdoll lahir dengan warna putih kemudian baru warna-warna lain muncul.




Ragdolls


Miu Miu (?)





Miu Miu hanyalah seketul kucing...





No comments: