Seriously aku takde semangat nak datang ke majlis graduasi aku 22 Mac ni. Total aku kena bayar untuk majlis itu adalah rp 4 650 000 ( empat juta enam ratus lima puluh ribu rupiah sahaja ). Iye, tak tipu. Ini lawak ke ape? Time aku study dulu, kau amek duit aku. Time clinical year pun kau amek duit aku jugak, suruh beli itu beli ini. Dah abis belajar, nak grad pun kau nak kikis duit aku jugak? Walaupun duit tu aku claim dari JPA, tapi aku tetap tak suka sebab...hmmm...apesal nak grad pun nak kena bayar mahal? Dari mula belajar sampai kesudah asek main duit je. Negara macam apa kau ni, kau ingat aku ni anak dato' ke? Sigh. Aku rasa macam tak nak datang walaupun aku dah bayar. Ini serius. Aku tak pernah suka negara itu.
Friday, February 24, 2012
Thursday, February 16, 2012
12.27am
I see pop there, RnB here and hip hop everywhere. No more the good old days where rock, emo and bands on the radio, on the top chart. That's boring. I'm bored. Boredom. The 90's were even better. My ears are dying. No more real music. Everybody can sing, or should I say read the lyrics. But singing while playing instrument is a real talent. Playing more than an instrument is a bonus. Jazz? Ballet? Country? Alternative? I can tolerate those. Sometimes my ears can make love to them. Betrayed. Too much of succubi. Thank you for you who spill the beans. Suicide girl? Still lingering here. She says she won't leave.
Wednesday, February 8, 2012
Pemerhati
Kadang kala manusia terlalu taksub dengan kepercayaan masing - masing sehingga melupakan atau pura - pura terlupakan inti sebenar dari ajaran yang dianuti. Kata - kata bijaksana, dakwah sana sini, itu dosa, ini salah, kononnya kaulah yang paling benar, kaulah yang paling taat, kaulah manusia lindungan Yang Maha Kuasa dan kaulah yang mendapat rahmat dan hidayah dariNya. Baiklah, kalaupun benar kaulah manusia paling beriman di seluruh alam semesta sekalipun, namun itu bukanlah merupakan tiket untuk kau merendahkan, mempergunakan dan mengabaikan manusia lain, yang menurut kau mungkin kurang beriman. Ye lah, orang lain jahat, kau seorang je yang baik. Dan ingatlah, manusia yang mungkin imannya kurang, yang mungkin berusaha mencari jalan yang benar dan memperbaiki diri setiap hari, kadang kala mempunyai hati yang lebih bersih. Dia mungkin mempunyai urusan yang harus diselesaikan dengan Yang Maha Esa, tetapi bukankah urusan sesama manusia itu lebih sulit untuk diselesaikan? Adakah menyakiti hati manusia itu disukai oleh Sang Pencipta? Bukankah berbuat baik dan menghormati sesama manusia juga termasuk dalam mentaati dan menuruti perintahNya? Manusia memang tidak pernah sempurna dan manusia juga tidak pernah puas dan bersyukur. Yang jahat, dihina. Yang baik, difitnah. Yang berusaha menjadi baik, diperlekehkan, dipersendakan. Yang berusaha menjadi jahat, diumpat. Mahu apa lagi? Ah! Urusan kebersihan hati lebih sulit untuk dijaga daripada mengurus kebersihan tandas awam Pasar Seni.
Saturday, February 4, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)